Hidup bukannya terlalu pendek sehinggakan tidak dapat kita jadikan impian itu sebagai kenyataan.
Anda bersedia teruskan perjalanan? Mari kita mula... Bermula bukannya nanti, bukan esok hari tetapi bermula ialah mula bertindak sekarang juga untuk meneruskan perjalanan atau melakukan sesuatu. Saya bukannya golongan yang bijak pandai sangat atau bukannya genuis dalam kelas waktu belajar tetapi saya mempunyai latar belakang yang agak rumit dan mencabar dalam perjalanan hidup ini. Bagi seorang kanak-kanak yang bertaraf hidup susah, miskin, tiada modal untuk pembelajaran dan hidup di dalam keadaan yang serba kekurangan, tidak banyak pilihan untuk nak jadi apa yang diimpikan pada masa depan kelak. Namun, pendidikan adalah satu -satunya jalan terbaik untuk keluar daripada kesengsaraan itu. Tiada pelaburan yang paling sesuai untuk permulaan ini melainkan mencari ilmu pengetahuan terlebih dahulu.
Di sini saya ada satu soalan yang nampak biasa tetapi agak sukar iaitu :
Bagaimana nak masuk 7 Eleven?
Soalan ini perlu dijawab selepas habis membaca penulisan saya ini nanti. Mungkin terdapat 5% orang sahaja daripada lingkungan 7 Billion populasi manusia di atas bumi ini memberi jawapan yang agak rumit dan panjang lebar dengan soalan saya ini dan itulah jawapan yang saya nak dapat.
WANITA ADALAH JENIS MANUSIA YANG SANGAT BAIK
Sekiranya, bagi orang yang percayakan tuhan wanita adalah ciptaan tuhan yang mempunyai ciri- ciri kesabaran, penyanyang dan pemaaf tetapi kadang- kadang bukannya penenang keadaan.
Dalam perniagaan stok market kita perlu mengambil sumber- sumber kebaikan dari segalanya yang kita jumpa.
No comments:
Post a Comment