INFORMATION

go get it

Saturday, January 26, 2013

COLOR FULL punya rusa... dunia berubah-ubah seperti warna rusa ini, apatah lagi kalau dah masuk ke dalam dinding untuk menyorok. kalau tutup lampu rusa ini akan menyala,. apa akan jadi selepas itu? : Manusia akan ketakutan bukan? Itulah sifat kebanyakan manusia.

Monday, July 30, 2012

STOK BEBAS MODAL HIDUP

Hidup bukannya terlalu pendek sehinggakan tidak dapat kita jadikan impian itu sebagai kenyataan.
Anda bersedia teruskan perjalanan? Mari kita mula... Bermula bukannya nanti, bukan esok hari tetapi bermula ialah mula bertindak sekarang juga untuk meneruskan perjalanan atau melakukan sesuatu. Saya bukannya golongan yang bijak pandai sangat atau bukannya genuis dalam kelas waktu belajar tetapi saya mempunyai latar belakang yang agak rumit dan mencabar dalam perjalanan hidup ini. Bagi seorang kanak-kanak yang bertaraf  hidup susah, miskin, tiada modal untuk pembelajaran dan hidup di dalam keadaan yang serba kekurangan, tidak banyak pilihan untuk nak jadi apa yang diimpikan pada masa depan kelak. Namun, pendidikan adalah satu -satunya jalan terbaik untuk keluar daripada kesengsaraan itu. Tiada pelaburan yang paling sesuai untuk permulaan ini melainkan mencari ilmu pengetahuan terlebih dahulu.
Di sini saya ada satu soalan yang nampak biasa tetapi agak sukar iaitu :

Bagaimana nak masuk 7 Eleven?
Soalan ini perlu dijawab selepas habis membaca penulisan saya ini nanti. Mungkin terdapat 5% orang sahaja daripada lingkungan 7 Billion populasi manusia di atas bumi ini memberi jawapan yang agak rumit dan panjang lebar dengan soalan saya ini dan itulah jawapan yang saya nak dapat.

WANITA ADALAH JENIS MANUSIA YANG SANGAT BAIK
Sekiranya, bagi orang yang percayakan tuhan wanita adalah ciptaan tuhan yang mempunyai ciri- ciri kesabaran, penyanyang dan pemaaf tetapi kadang- kadang bukannya penenang keadaan.
Dalam perniagaan stok market kita perlu mengambil sumber- sumber kebaikan dari segalanya yang kita jumpa.

Monday, July 23, 2012

I Want to QUIT My Job

Why have to work that  always under pressure if I got better income than salary at the end of month. Only people who's trapped in the worker profession that's said they 're as a good worker but actually that's all stupid. But for now..Just take a step to do it and just do it! I'm born to win I'm not who's declare own self to give up. The people who's at the risk are who's never going get risk.  ''Rich Dad cover himself by saying 'there is a difference between being poor and being broke. Broke is temporary. Poor is external.''

Thursday, July 19, 2012

Masalah sosial


Masalah sosial? Apa yang dimaksudkan dengan masalah sosial ini? Secara ringkasnya, kajian-kajian sebelum ini menyatakan masalah sosial menunjukkan gejala-gejala atau tingkah laku-tingkah laku yang tidak diingini oleh masyarakat dan mereka mahu membaiki keadaan tersebut. Masalah sosial sebenarnya sentiasa wujud dari dahulu hingga kini cuma isunya sahaja yang berlainan. Pada masa kini, masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah yang melanda masyarakat dan negara semakin meruncing dan amat membimbangkan.

Seperti yang kita ketahui, golongan remaja dan pelajar adalah aset negara dan pemimpin di masa hadapan. Remaja sangat diperlukan oleh masyarakat dan negara kerana golongan ini merupakan pemangkin kepada pembangunan negara. Remaja juga merupakan golongan yang paling berharga serta harta yang tidak ternilai. Pada mereka jugalah terletaknya masa depan negara. Ada pepatah menyatakan ‘rosak remaja, pincanglah negara’. Kita tentunya tidak mahu keadaan ini berlaku.

Dalam laporan ini diterangkan mengenai faktor-faktor dan cara mengatasi permasalahan sosial pelajar berdasarkan kajian kes berikut.
Satu laporan dibuat berhubung kajian kes mengenai dua orang pelatih perempuan Islam yang berusia 19 dan 20 tahun yang dikenal pasti telah menghadapi isu kurang bijak menangani kebebasan disebuah institut latihan. Pelatih telah menemui pengajar bagi penyelesaian masalah mereka. Maklumat diperolehi melalui pemerhatian dan temubual dengan kedua-dua pelatih.

Pelatih pertama berusia 20 tahun merupakan pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam jurusan Teknologi Elektronik. Pelajar merupakan seorang pelatih yang cemerlang yang berasal dari sebuah kampung. Bapanya adalah seorang pesara kakitangan awam yang tegas dan garang. Semasa di kampung pelajar tidak dibenarkan berkawan sehingga pelajar tidak mengenali rakan sekampung. Pelajar berasa terkongkong dengan disiplin yang ketat. Bapanya terus menggariskan peraturan dan kawalan yang ketat ke atasnya walaupun pelajar telah berada di institut latihan. Hasil temubual yang telah dibuat mendapati, pelajar ini berasa seronok dengan kebebasan tinggal dirumah sewa dan berjauhan dengan keluarga, dimana pelajar sanggup berbohong kepada keluarganya supaya tidak perlu pulang ke rumah. Dalam masa yang sama, tanggungjawabnya sebagai pelajar di institut tersebut mula terjejas kerana mengabaikan pelajaran dan ponteng kelas. Pelajar ini juga mudah terikut-ikut dengan ajakan rakan-rakan kerana takut kesunyian.
1.2.  Kes kedua
Pelatih kedua berusia 19 tahun merupakan pelajar Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM) dalam jurusan Teknologi Mekatronik. Pelajar berasal dari sebuah kampung. Bapanya juga adalah seorang yang tegas dan garang. Adik beradik pelajar juga merasa agak takut jika membuat kesalahan. Contohnya pelajar pernah diterajang oleh bapanya atas kesalahan tidak seberapa. Berdasarkan kepada hasil temubual mendapati, pelajar ini juga berasa seronok dengan kebebasan tinggal dirumah sewa dan berjauhan dengan keluarga. Pelajar ini juga telah menjalinkan hubungan seks bebas di hotel sehingga mengandung dan tanggungjawabnya sebagai pelajar juga terabai dimana pelajar ini tidak menyiapkan tugasan pelajaran yang diberikan. Pelajar terpengaruh dengan rakan-rakannya tentang cerita cinta mereka sehingga keadaan menjadi semakin rumit apabila pelajar ini telah diugut teman lelakinya untuk ditinggalkan jika pelajar tidak mahu bertemu.

1.     PUNCA MASALAH
1.1     Dari sudut ibubapa
1.1.1     Sikap ibubapa
·         Sikap ibubapa yang berbeza dengan anak remaja boleh mencetuskan konflik diantara 2 golongan ini. Diantaranya ialah ibubapa yang kurang memahami perkembangan anak-anaknya khususnya dari segi pemikiran dan kematangan golongan remaja. Ibubapa perlu berupaya menyelami permasalahan remaja dan tidak lagi menganggap anak remaja mereka masih kecil. Ibubapa sering melihat perubahan anak mereka dari seorang yang taat dan patuh kepada remaja yang bersifat berlawanan. Dalam keadaan ini, ibubapa mula meletakkan peraturan-peraturan yang lebih ketat dalam usaha supaya anak remaja patuh kepada peraturan-peraturan yang ditentukan oleh mereka.
·         Dalam Kes 1, dimana bapa pelajar terus dan tetap menggariskan peraturan dan kawalan yang ketat ke atas anak remajanya walaupun remaja tersebut telah berada di institusi latihan dan tinggal di asrama. Ini menyebabkan pelajar tersebut berasa terkongkong dengan peraturan-peraturan ketat yang telah digariskan oleh bapanya. Cara untuk mengelakkan daripada kongkongan ini ialah mencari alasan dengan cara berbohong dengan keluarganya supaya tidak perlu balik ke rumah apabila diarah oleh keluarganya untuk balik. Ini kerana pelajar berasa lebih seronok tinggal di rumah sewa yang berjauhan serta bebas dari keluarga yang mengongkongnya.
·         Dalam kes 2 pula, walaupun bapa pelajar seorang yang tegas tetapi beliau terlalu garang dan telah menggunakan kekerasan untuk mengawal dan mendidik anak-anaknya. Pelajar pernah diterajang oleh bapanya atas satu kesalahan kecil. Mungkin disebabkan itu, pelajar ini telah mengalami gangguan emosi, merasa tidak disayangi ataupun berdendam dengan bapanya. Dengan cara ini pelajar dapat mengelakkan diri daripada keluarga iaitu tinggal di rumah sewa yang berjauhan dengan keluarganya supaya dia bebas dan berasa selesa melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai tanpa larangan daripada sesiapa.
1.1.2     Tahap Pengetahuan Ibubapa
·         Biasanya ibubapa menganggap mereka berpengalaman dan berpengetahuan berbanding dengan anak remaja. Ibubapa yang merasakan bahawa mereka serba mengetahui adakalanya sukar menerima buah fikiran yang dikemukakan oleh remaja.
·         Dalam kedua-dua kes, berkemungkinan juga bapa pelajar merasakan pendapat, pandangan seta pengetahuan anak mereka masih di tahap yang rendah dan mentah dalam menilai sesuatu situasi. Fenomena ini mewujudkan tekanan terhadap anak-anak apabila idea mereka terhad dan sentiasa dicantas.
1.1.3     Harapan Ibubapa Dari Segi Pembelajaran
·         Ramai ibubapa yang mengharapkan yang terbaik dari anak-anak mereka. Harapan yang terlalu tinggi ini boleh mengakibatkan emosi remaja tertekan. Remaja akan merasa terganggu kerana sering memikirkan risiko yang bakal dihadapi seandainya mereka gagal atau lemah dalam pelajaran. Ini boleh mengakibatkan anak remaja sering merasa takut serta boleh menimbulkan perasaan benci kepada ibubapa mereka.
·         Dalam kes 1, bapa pelajar mungkin mengharapkan anaknya sentiasa cemerlang dalam pelajarannya sehingga beliau sanggup mengariskan disiplin yang ketat ke atas anaknya. Selain itu, beliau juga terlalu tegas dan garang dalam mendidik anaknya dan ini menyebabkan pelajar ini merasa tidak selesa dengan cara didikan bapanya yang dianggap satu keterlaluan.
·         Dalam kes 2, disebabkan kehidupan kampung yang mungkin kurang berkemampuan, bapa pelajar meletak harapan yang terlalu tinggi kepada anaknya untuk berjaya dalam pelajaran, supaya boleh membantu keluarga atau kehidupan cerah di kemudian hari. Cara yang diambil bapa pelajar itu adalah bersikap tegas, garang dan jika anaknya melakukan kesalahan walaupun kecil akan menerima hukuman. Ini menyebabkan pelajar  mungkin benci dengan cara didikan bapanya yang dianggapnya keterlaluan dan menakutkan.
2.1.4   Persepsi Ibubapa Pada Jangka Panjang
·         Ibubapa dalam usaha melihat kejayaan anak-anaknya sering mengenakan peraturan tertentu kepada anak mereka, khususnya anak mereka yang mudah terpengaruh dengan keadaan persekitaran yang mencabar. Peraturan-peraturan ini menyebabkan timbulnya tentangan dari pihak remaja dimana mereka inginkan kebebasan.
·         Dalam kes 1, cara yang digunakan oleh bapa untuk mengelakkan anaknya daripada gangguan persekitaran adalah dengan melarang atau tidak membenarkan anaknya berkawan atau bergaul dengan rakan sekampung semasa pelajar berada di kampung dahulu menyebabkan pelajar merasa tertekan kerana ketiadaan kawan dan berasa sunyi. Semasa di institut pula, bapanya menggariskan peraturan-peraturan dan kawalan yang ketat.
·         Dalam kes 2 pula, pendekatan yang digunakan oleh bapa pelajar untuk mengelakkan anaknya daripada terpengaruh dengan persekitaran di kampung dan juga mudah menghukuman anaknya walaupun  melakukan kesalahan kecil sahaja.
1.2     Dari sudut remaja
1.2.1     Tuntutan untuk kebebasan
·         Remaja merasakan perlu bagi mereka untuk bebas dari kawalan ibubapa dan orang dewasa lain. Mereka juga inginkan autoriti terhadap jalan hidup mereka sendiri. Usaha ini sering membawa konflik dengan ibubapa. Hurlocks (1971) berpendapat bahawa keinginan untuk menjadi individu yang tidak bergantung kepada orang lain dan bebas merupakan aspek semulajadi dalam fasa kehidupan remaja.
·         Dalam kes 1 dan kes 2, keinginan pelajar itu sendiri untuk menjadi individu yang tidak bergantung kepada keluarga kerana ingin hidup bebas tanpa kongkongan. Buktinya dapat ditunjukkan, apabila kedua-dua pelajar ini menyatakan mereka berasa seronok dengan kebebasan tinggal di rumah sewa dan berjauhan daripada keluarga.
·         Selain itu dalam kes 1, demi mendapatkan kebebasan yang menyeronokkan, pelajar ini sanggup berbohong dengan keluarganya supaya tidak perlu pulang ke rumah.
·         Manakala kes 2 pula, keseronokan tinggal berjauhan dengan keluarga menyebabkan pelajar ini hilang nilai agama dan budaya keluarga dimana pelajar menyalahgunakan kebebasannya dengan mencuba benda yang baru iaitu menjalin hubungan seks dengan teman lelaki di sebuah hotel dan mengandung semasa masih belajar. Dengan kebebasan berjauhan dengan keluarganya juga, telah menyebabkan pelajar ini leka terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar di mana pelajar tidak dapat menyiapkan tugasannya.
1.2.2     Pengaruh rakan sebaya.
·         Remaja cenderung untuk berpisah dengan struktur keluarga apabila mereka menjangkau usia remaja. Remaja lebih rapat dengan teman sebaya yang mereka rasakan lebih sesuai dan memahami kehendak-kehendak mereka. Pada tahap ini, nilai-nilai kumpulan rakan sebaya menjadi pengaruh yang kuat terhadap sikap, cara berpakaian, pertuturan dan nilai-nilai yang dipegang oleh keluarga.
·         Kajian Gold (Duke & Duke, 1975) mendapati rakan sebaya sangat berpengaruh dalam tindak-tanduk pelajar yang bermasalah. Kajian ini selari dengan kajian-kajian Knight and West (dalam Feldhusen, 1978), yang mendapati pengaruh rakan sebaya adalah sebagai pembolehubah sosial yang mungkin meningkatkan lagi kejadian disiplin sekolah. Persahabatan antara remaja adalah kukuh kerana ini membantu serta memberi sokongan emosi dan keselamatan sewaktu remaja itu cuba untuk tidak begitu bergantung kepada ibubapanya. Remaja bertendensi untuk mencari kawan-kawan yang sama taraf dengan mereka dari segi kebolehan sosio-ekonomi, sikap dan pendapat dalam cita-cita, kerjaya dan pelajaran.
·         Dalam kes 1, pelajar takut kesunyian kerana sebelum ini dia tidak mempunyai kawan semasa di kampung dahulu. Oleh itu, pelajar tersebut mudah terikut-ikut dengan ajakan kawan-kawan yang dikenalinya samada di institut mahupun di rumah sewanya sendiri. Keseronokan kerana mempunyai kawan-kawan dan pengaruh dari rakan-rakannya itu sendiri menyebabkan pelajar ini lupa terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar, dimana pelajar ponteng kelas dan mengabaikan pengajiannya.
·         Dalam kes 2 pula, pelajar terpengaruh dengan alam kehidupan baru daripada terkongkong terus dapat bergaul bebas dengan rakan-rakan sebaya dan terpengaruh dengan cerita cinta mereka sehingga menjalinkan hubungan seks bebas dengan teman lelakinya di sebuah hotel.  
2.2.3   Sikap remaja terhadap keluarga
·         Golongan remaja mula menjadi individu yang kritikal dan kadangkala bermusuhan dengan keluarga apabila prestij bersama rakan sebaya atau harga diri peribadi mereka dicabar (Asmah Bee, 1994). Persahabatan yang intim bersama rakan sebaya dan orang-orang dewasa membolehkan remaja membuat perbandingan. Akhirnya remaja ini akan hilang keyakinan terhadap keluarga mereka sendiri sungguhpun pada mulanya mereka menganggap keluarga mereka adalah sebuah keluarga yang ideal. Remaja mula membandingkan ibubapa mereka dengan ibubapa yang ideal dan mulai memberi kecaman terhadap kekurangan ibubapa mereka.
·         Dalam kes 1 & kes 2 ini, setelah merasai keseronokan dan kebebasan yang mereka dapat, pelajar-pelajar ini inginkan kebebasan yang lebih lagi dan  mereka mula menjadikan ibubapa sebagai sasaran untuk dijadikan sebagai alasan.



3.   CADANGAN PENYELESAIAN YANG BOLEH DILAKUKAN
Konflik yang membelenggu remaja dengan ibu bapa boleh dikurangkan melalui strategi-strategi yang mendatangkan kebaikan bagi kedua-dua pihak. Jalan terbaik bagi mengendalikan konflik antara remaja dengan ibu bapa ialah penyelesaian masalah secara bersama. Keadaan persekitaran keluarga yang tidak terurus, tiada peraturan hubungan suami isteri yang tidak harmoni boleh menimbulkan konflik antara ibu bapa dengan anak-anak. Langkah-langkah yang boleh digunapakai adalah seperti:
       i.        Pemberian kasih sayang sejati
     ii.        Peruntukan masa bersama-sama
    iii.        Disiplin yang kukuh
    iv.        Saling menghormati
     v.        Didikan yang betul
    vi.        Layanan yang mesra
   vii.        Memberi peluang mendengar pendapat anak-anak
 viii.        Bersifat realistik serta galakan berdikari

3.1       Pemberian kasih sayang sejati
Kasih sayang yang ikhlas dan sejati akan melahirkan anak yang berperasaan selamat, sentiasa merasai dipunyai dan disayangi dan tidak bersifat mengkritik. Perkembangan dan pertumbuhan anak tersebut akan teratur dan anak ini akan memasuki tahap remaja dengan baik dan stabil.
Dua bentuk kasih sayang yang perlu diperlihatkan oleh ibubapa; yang pertama ialah berterusan manakala yang kedua ialah tidak bersyarat. Apa yang dimaksudkan tidak bersyarat ialah kasih sayang perlu diperlihatkan walaupun anak tersebut telah berkelakuan kurang menyenangkan. Anak akan mempelajari dan memahami bahawa kasih sayang yang diberikan itu perlu diperlihatkan. Contohnya, ibubapa dalam kes 1 dan kes 2 ini sekali-sekala perlu memeluk dan mencium anak-anak mereka di waktu-waktu yang perlu seperti semasa anak-anak ini menghadapi masalah. 

3.2       Peruntukan masa bersama-sama
Waktu bersama-sama keluarga adalah waktu yang paling berharga. Cuba luangkan seberapa banyak masa bersama-sama anak-anak. Masa yang ada ini dapat digunakan untuk aktiviti bermain bersama-sama, bercakap dan berbual-bual serta bekerjasama dalam aktiviti dirumah. Dalam kes seperti ini, pelajar kes 1 dan kes 2 memberi alasan untuk tidak balik ke rumah, ahli keluarga sepatutnya  peruntukan masa untuk menjenguk anak-anak mereka di rumah sewa.

3.3       Displin yang kukuh tetapi menggunakan pendekatan yang mesra.
Sebuah keluarga memerlukan displin yang kukuh tetapi mesra. Apa yang dimaksudkan dengan disiplin ialah satu panduan serta peraturan terhadap sesuatu tingkahlaku. Apabila wujudnya kasih sayang kepada anak, panduan dan bimbingan juga perlu diwujudkan. Menghormati disiplin di rumah adalah penting supaya peraturan-peraturan dapat diikuti apabila mereka telah dewasa.
Asmah Bee berpendapat disiplin yang digunakan harus bersifat positif. Contohnya ibubapa harus menggunakan perkataan yang sesuai seperti “Buat macam ini” daripada “Jangan buat begitu”. Ganjaran harus diberi apabila kanak-kanak melakukan sesuatu yang baik. Disiplin harus semerta, tekal dan tegas. Pelajar kes 1 dan kes 2 ini patut diberi penerangan dengan jelas oleh ibubapa masing-masing mengapa mereka perlu bertegas dalam mendidik anak-anak mereka.



3.4       Saling menghormati
Setiap ahli keluarga perlu saling menghormati dan ibubapa perlu mendidik anak-anak supaya belajar untuk menghormati orang yang lebih tua. Satu cara berkesan untuk menanamkan sifat hormat-menghormati antara ahli keluarga ialah dengan menunjukkan contoh yang baik. Ibubapa dalam kes 1 dan kes 2 perlu bersifat lemah lembut semasa menasihati atau mengajar anak-anak mereka. Ucapan terima kasih dan perkataan-perkataan yang boleh menimbulkan perasaan hormat sesama ahli keluarga patut digunakan.

Tuesday, July 17, 2012

TEACHING AND LEARNING METHODS AND APPROACHES


TEACHING AND LEARNING METHODS AND APPROACHES
  
QUESTION
How do we cater the group of Y-generation?                          

What is generation Y?
Throughout history, there is quite a lot names to explain Generation Y. Among term usually used to define this type of generation are Gen Y, Generation Y, Digital Generation, and Generation we, Generation sell, Generation Net, Next generation and sometimes called Millennia Generation. Sometimes it is quite confusing to use Millennia generation as to differ to the generation after generation Y. To be exact, Generation Y can be defined as any person who was born from 1977 until 1995. Birth years are the key because they indicate the beliefs, values, preferences, and priorities of a population when segmented by age. By referring to the birth year from 1977 until 1995, the amount of Generation Y throughout the world is approximately 49.8 billion.
            Characteristics of the generation vary by region, depending on social and economic conditions. Each generation also can be different or classified from the other generation by their average characteristics that observed. For Generation Y, among the characteristics is:
NO
CHARACTERISTICS
DESCRIPTION
1
Impatient
This generation was raised in a world dominated by technology and instant     gratification
2
Skeptical
In recent years there has been more scamming, cheating, lying and exploiting than ever from the major figures in the media. This includes everyone from rock stars to the president
3
Blunt & Expressive
Self expression is favored over self control. Making their point is most important
4
Image Driven
Making personal statements with their image is very important.
5
Young & Lack of experience

Although they have a “seen it all, done it all” air about them, lack of life experience means that they don’t know everything yet. They are aware of this and are not afraid to ask questions. For this generation, it is better and more time-saving to ask questions, than to waste time trying to figure it out

6
High Adaptability
Generation Y is used to adapting and being comfortable in various situations.
7
Technologically Savvy
Growing up in the age of technology and taking advantage of it
8
Ability to grasp new concepts
This is a learning-oriented generation.
9
Efficient multi taskers
They will do it faster and better than their competition.
10
Tolerant
Generation Y will make the increasingly diverse workforce feel at home and comfortable.
Generation X
Generation X is the buzzword used to define people who started out as babies born between the years 1965 and 1976. 
The Gen X babies are now adults, they earn money and they spend money. Of course this makes them a demographic group that is of particular importance to internet marketers. As always, when you are looking at target audiences it stands you in good stead to attempt to know them almost as well as you know yourself. Only then can you hone your promotions to resonate effectively with them.
Understanding of 2 Groups, X and Y
In general, both Generation X and Generation Y are:
More adaptable than previous generation groups, they are very likely to use flexible schedules in the work place and with family leave options. They were raised up in a world of flexibility. They were the 1st generations to have two working parents. In order to suit X and Y groups, you need to be flexible yourself. Offer a range of choices, and be prepared to satisfy their often particular demands.
Both groups are far more knowledgeable when it comes to technology than the previous generations were; in addition they are more comfortable using it.
Because of this, both the X group and the Y group represent an ideal target audience when it comes to internet business, online promotions and web marketing. They're au fait with navigating their way around the online environment and they're open to flexible approaches in business.
                                                            Ref; Jay Shapiro is a freelance writer based in the UK
"Alongside the nuts and bolts of business, the character of the person is often the ingredient responsible for success."

How to cater, controlled or tackle?
It is a common perception that Generation Y are selfish, lazy and hard to get along with. They are said to have no interest in hard work and typically interested only in themselves and what they want.

Basically, Generation Y is both high-performance and high-maintenance. With high expectations of both themselves and of their employers, the Generation Y employee will work hard and fast if they feel they are getting the respect and recognition they deserve. A simple “well done” is often enough for a job well done.

Generation Y crave creative challenges and will actively seek to be engaged in everything they can be, so as an employer of this generation, this can become advantage and a valuable resource to that eager employees.

Generation Y doesn’t want to work long and hard; they want to work smart, so they’ll be sure to work quickly. Generation Y wants to be in charge, they want to be successful and take it to the top as soon as they can. This means Generation Y will work to impress you if you give them the chance. Allow them to host board meetings and take on management roles because the truth is that seniority does not make a good manager; people skills make a good manager, and Generation Y understands what they want from the person in charge.
Generation Y is obsessed with career development. They understand the importance of great mentors and will often actively seek them out. The trouble is that many older workers have no interest in mentoring younger employees because of the stigma attached with the Generation Y attitude problem.

Generation Y can also be useful as mentors themselves. They can teach older co-workers about new technologies and the supremacy of online communities. Don’t be afraid to hire them. Yes, they can be a little self-obsessed and egotistical but they will be our country’s newest leaders.
Conclusion
In conclusion, Generation Y comes across the biggest difference in terms of technology with previous generation. Technology is the leading way to evolve everyday ways. Technology changes in the blink of an eye from new to “improved”. Even though the future lies in the hands of the Millennial who strive to be more and more technologically aware, there is some coaching needed in proper work etiquette to cater them. We need to understand their characteristics and expectation from society or within an organization itself. They care for future personal development, positive respectful environment either within workplace or even learning institution, a total reward for successful and flexibility time management.

 ( * BABY BOOMERS - BORN FROM 1945-1963 )

References:

1.   Professor Julian Birkinshaw, “Labnotes – Theory Y meets Generation Y”, Issue 10, December 2008
2.    Tamara Erickson, “Plugged In: The Generation Y Guide to Thriving at Work”,  Harvard Businees School Press, 2008
3.    Birkinshaw, “Innovation in the workplace”, CIPD Survey Report, September 2008
4.    Wikipedia

Wednesday, March 23, 2011

No more contest and No need Contest anymore...

In market trading we re no need something like that and remember, don't trade with instinct but trade with information in present.