Masalah
sosial? Apa yang dimaksudkan dengan masalah sosial ini? Secara ringkasnya,
kajian-kajian sebelum ini menyatakan masalah sosial menunjukkan gejala-gejala
atau tingkah laku-tingkah laku yang tidak diingini oleh masyarakat dan mereka
mahu membaiki keadaan tersebut. Masalah sosial sebenarnya sentiasa wujud dari
dahulu hingga kini cuma isunya sahaja yang berlainan. Pada masa kini, masalah sosial
di kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah yang melanda masyarakat dan
negara semakin meruncing dan amat membimbangkan.
Seperti yang kita ketahui, golongan remaja
dan pelajar adalah aset negara dan pemimpin di masa hadapan. Remaja sangat
diperlukan oleh masyarakat dan negara kerana golongan ini merupakan pemangkin
kepada pembangunan negara. Remaja juga merupakan golongan yang paling berharga
serta harta yang tidak ternilai. Pada mereka jugalah terletaknya masa depan
negara. Ada pepatah menyatakan ‘rosak remaja, pincanglah negara’. Kita tentunya
tidak mahu keadaan ini berlaku.

Dalam laporan ini diterangkan
mengenai faktor-faktor dan cara mengatasi permasalahan sosial pelajar
berdasarkan kajian kes berikut.
Satu laporan dibuat
berhubung kajian kes mengenai dua orang pelatih perempuan Islam yang berusia 19
dan 20 tahun yang dikenal pasti telah menghadapi isu kurang bijak menangani
kebebasan disebuah institut latihan. Pelatih telah menemui pengajar bagi
penyelesaian masalah mereka. Maklumat diperolehi melalui pemerhatian dan
temubual dengan kedua-dua pelatih.
Pelatih pertama
berusia 20 tahun merupakan pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam
jurusan Teknologi Elektronik. Pelajar merupakan seorang pelatih yang cemerlang
yang berasal dari sebuah kampung. Bapanya adalah seorang pesara kakitangan awam
yang tegas dan garang. Semasa di kampung pelajar tidak dibenarkan berkawan
sehingga pelajar tidak mengenali rakan sekampung. Pelajar berasa terkongkong
dengan disiplin yang ketat. Bapanya terus menggariskan peraturan dan kawalan
yang ketat ke atasnya walaupun pelajar telah berada di institut latihan. Hasil
temubual yang telah dibuat mendapati, pelajar ini berasa seronok dengan
kebebasan tinggal dirumah sewa dan berjauhan dengan keluarga, dimana pelajar
sanggup berbohong kepada keluarganya supaya tidak perlu pulang ke rumah. Dalam
masa yang sama, tanggungjawabnya sebagai pelajar di institut tersebut mula
terjejas kerana mengabaikan pelajaran dan ponteng kelas. Pelajar ini juga mudah
terikut-ikut dengan ajakan rakan-rakan kerana takut kesunyian.
1.2. Kes kedua
Pelatih kedua berusia 19 tahun merupakan pelajar Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM) dalam jurusan Teknologi Mekatronik. Pelajar
berasal dari sebuah kampung. Bapanya juga adalah seorang yang tegas dan garang.
Adik beradik pelajar juga merasa agak takut jika membuat kesalahan. Contohnya
pelajar pernah diterajang oleh bapanya atas kesalahan tidak seberapa. Berdasarkan
kepada hasil temubual mendapati, pelajar ini juga berasa seronok dengan
kebebasan tinggal dirumah sewa dan berjauhan dengan keluarga. Pelajar ini juga
telah menjalinkan hubungan seks bebas di hotel sehingga mengandung dan tanggungjawabnya
sebagai pelajar juga terabai dimana pelajar ini tidak menyiapkan tugasan
pelajaran yang diberikan. Pelajar terpengaruh dengan rakan-rakannya tentang
cerita cinta mereka sehingga keadaan menjadi semakin rumit apabila pelajar ini telah
diugut teman lelakinya untuk ditinggalkan jika pelajar tidak mahu bertemu.
1. PUNCA
MASALAH

1.1
Dari
sudut ibubapa
1.1.1
Sikap ibubapa
·
Sikap ibubapa yang berbeza
dengan anak remaja boleh mencetuskan konflik diantara 2 golongan ini.
Diantaranya ialah ibubapa yang kurang memahami perkembangan anak-anaknya
khususnya dari segi pemikiran dan kematangan golongan remaja. Ibubapa perlu
berupaya menyelami permasalahan remaja dan tidak lagi menganggap anak remaja
mereka masih kecil. Ibubapa sering melihat perubahan anak mereka dari seorang
yang taat dan patuh kepada remaja yang bersifat berlawanan. Dalam keadaan ini,
ibubapa mula meletakkan peraturan-peraturan yang lebih ketat dalam usaha supaya
anak remaja patuh kepada peraturan-peraturan yang ditentukan oleh mereka.
·
Dalam Kes 1, dimana bapa
pelajar terus dan tetap menggariskan peraturan dan kawalan yang ketat ke atas
anak remajanya walaupun remaja tersebut telah berada di institusi latihan dan
tinggal di asrama. Ini menyebabkan pelajar tersebut berasa terkongkong dengan
peraturan-peraturan ketat yang telah digariskan oleh bapanya. Cara untuk
mengelakkan daripada kongkongan ini ialah mencari alasan dengan cara berbohong
dengan keluarganya supaya tidak perlu balik ke rumah apabila diarah oleh
keluarganya untuk balik. Ini kerana pelajar berasa lebih seronok tinggal di rumah
sewa yang berjauhan serta bebas dari keluarga yang mengongkongnya.
·
Dalam kes 2 pula, walaupun
bapa pelajar seorang yang tegas tetapi beliau terlalu garang dan telah
menggunakan kekerasan untuk mengawal dan mendidik anak-anaknya. Pelajar pernah
diterajang oleh bapanya atas satu kesalahan kecil. Mungkin disebabkan itu,
pelajar ini telah mengalami gangguan emosi, merasa tidak disayangi ataupun berdendam
dengan bapanya. Dengan cara ini pelajar dapat mengelakkan diri daripada
keluarga iaitu tinggal di rumah sewa yang berjauhan dengan keluarganya supaya
dia bebas dan berasa selesa melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai tanpa
larangan daripada sesiapa.
1.1.2
Tahap Pengetahuan Ibubapa
·
Biasanya ibubapa menganggap
mereka berpengalaman dan berpengetahuan berbanding dengan anak remaja. Ibubapa
yang merasakan bahawa mereka serba mengetahui adakalanya sukar menerima buah
fikiran yang dikemukakan oleh remaja.
·
Dalam kedua-dua kes,
berkemungkinan juga bapa pelajar merasakan pendapat, pandangan seta pengetahuan
anak mereka masih di tahap yang rendah dan mentah dalam menilai sesuatu
situasi. Fenomena ini mewujudkan tekanan terhadap anak-anak apabila idea mereka
terhad dan sentiasa dicantas.
1.1.3
Harapan Ibubapa Dari Segi
Pembelajaran
·
Ramai ibubapa yang
mengharapkan yang terbaik dari anak-anak mereka. Harapan yang terlalu tinggi
ini boleh mengakibatkan emosi remaja tertekan. Remaja akan merasa terganggu
kerana sering memikirkan risiko yang bakal dihadapi seandainya mereka gagal
atau lemah dalam pelajaran. Ini boleh mengakibatkan anak remaja sering merasa
takut serta boleh menimbulkan perasaan benci kepada ibubapa mereka.
·
Dalam kes 1, bapa pelajar
mungkin mengharapkan anaknya sentiasa cemerlang dalam pelajarannya sehingga
beliau sanggup mengariskan disiplin yang ketat ke atas anaknya. Selain itu,
beliau juga terlalu tegas dan garang dalam mendidik anaknya dan ini menyebabkan
pelajar ini merasa tidak selesa dengan cara didikan bapanya yang dianggap satu
keterlaluan.
·
Dalam kes 2, disebabkan
kehidupan kampung yang mungkin kurang berkemampuan, bapa pelajar meletak
harapan yang terlalu tinggi kepada anaknya untuk berjaya dalam pelajaran,
supaya boleh membantu keluarga atau kehidupan cerah di kemudian hari. Cara yang
diambil bapa pelajar itu adalah bersikap tegas, garang dan jika anaknya melakukan
kesalahan walaupun kecil akan menerima hukuman. Ini menyebabkan pelajar mungkin benci dengan cara didikan bapanya yang
dianggapnya keterlaluan dan menakutkan.
2.1.4 Persepsi Ibubapa Pada Jangka Panjang
·
Ibubapa dalam usaha melihat
kejayaan anak-anaknya sering mengenakan peraturan tertentu kepada anak mereka,
khususnya anak mereka yang mudah terpengaruh dengan keadaan persekitaran yang
mencabar. Peraturan-peraturan ini menyebabkan timbulnya tentangan dari pihak
remaja dimana mereka inginkan kebebasan.
·
Dalam kes 1, cara yang
digunakan oleh bapa untuk mengelakkan anaknya daripada gangguan persekitaran adalah
dengan melarang atau tidak membenarkan anaknya berkawan atau bergaul dengan
rakan sekampung semasa pelajar berada di kampung dahulu menyebabkan pelajar
merasa tertekan kerana ketiadaan kawan dan berasa sunyi. Semasa di institut
pula, bapanya menggariskan peraturan-peraturan dan kawalan yang ketat.
·
Dalam kes 2 pula, pendekatan
yang digunakan oleh bapa pelajar untuk mengelakkan anaknya daripada terpengaruh
dengan persekitaran di kampung dan juga mudah menghukuman anaknya walaupun melakukan kesalahan kecil sahaja.
1.2
Dari
sudut remaja
1.2.1 Tuntutan
untuk kebebasan
·
Remaja merasakan perlu bagi
mereka untuk bebas dari kawalan ibubapa dan orang dewasa lain. Mereka juga
inginkan autoriti terhadap jalan hidup mereka sendiri. Usaha ini sering membawa
konflik dengan ibubapa. Hurlocks (1971) berpendapat bahawa keinginan untuk
menjadi individu yang tidak bergantung kepada orang lain dan bebas merupakan
aspek semulajadi dalam fasa kehidupan remaja.
·
Dalam kes 1 dan kes 2,
keinginan pelajar itu sendiri untuk menjadi individu yang tidak bergantung
kepada keluarga kerana ingin hidup bebas tanpa kongkongan. Buktinya dapat ditunjukkan,
apabila kedua-dua pelajar ini menyatakan mereka berasa seronok dengan kebebasan
tinggal di rumah sewa dan berjauhan daripada keluarga.
·
Selain itu dalam kes 1, demi
mendapatkan kebebasan yang menyeronokkan, pelajar ini sanggup berbohong dengan
keluarganya supaya tidak perlu pulang ke rumah.
·
Manakala kes 2 pula,
keseronokan tinggal berjauhan dengan keluarga menyebabkan pelajar ini hilang
nilai agama dan budaya keluarga dimana pelajar menyalahgunakan kebebasannya
dengan mencuba benda yang baru iaitu menjalin hubungan seks dengan teman lelaki
di sebuah hotel dan mengandung semasa masih belajar. Dengan kebebasan berjauhan
dengan keluarganya juga, telah menyebabkan pelajar ini leka terhadap tanggungjawabnya
sebagai seorang pelajar di mana pelajar tidak dapat menyiapkan tugasannya.
1.2.2
Pengaruh rakan sebaya.
·
Remaja cenderung untuk
berpisah dengan struktur keluarga apabila mereka menjangkau usia remaja. Remaja
lebih rapat dengan teman sebaya yang mereka rasakan lebih sesuai dan memahami
kehendak-kehendak mereka. Pada tahap ini, nilai-nilai kumpulan rakan sebaya
menjadi pengaruh yang kuat terhadap sikap, cara berpakaian, pertuturan dan
nilai-nilai yang dipegang oleh keluarga.
·
Kajian Gold (Duke &
Duke, 1975) mendapati rakan sebaya sangat berpengaruh dalam tindak-tanduk
pelajar yang bermasalah. Kajian ini selari dengan kajian-kajian Knight and West
(dalam Feldhusen, 1978), yang mendapati pengaruh rakan sebaya adalah sebagai
pembolehubah sosial yang mungkin meningkatkan lagi kejadian disiplin sekolah.
Persahabatan antara remaja adalah kukuh kerana ini membantu serta memberi
sokongan emosi dan keselamatan sewaktu remaja itu cuba untuk tidak begitu
bergantung kepada ibubapanya. Remaja bertendensi untuk mencari kawan-kawan yang
sama taraf dengan mereka dari segi kebolehan sosio-ekonomi, sikap dan pendapat
dalam cita-cita, kerjaya dan pelajaran.
·
Dalam kes 1, pelajar takut
kesunyian kerana sebelum ini dia tidak mempunyai kawan semasa di kampung dahulu.
Oleh itu, pelajar tersebut mudah terikut-ikut dengan ajakan kawan-kawan yang dikenalinya
samada di institut mahupun di rumah sewanya sendiri. Keseronokan kerana
mempunyai kawan-kawan dan pengaruh dari rakan-rakannya itu sendiri menyebabkan
pelajar ini lupa terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar, dimana pelajar
ponteng kelas dan mengabaikan pengajiannya.
·
Dalam kes 2 pula, pelajar terpengaruh
dengan alam kehidupan baru daripada terkongkong terus dapat bergaul bebas
dengan rakan-rakan sebaya dan terpengaruh dengan cerita cinta mereka sehingga menjalinkan
hubungan seks bebas dengan teman lelakinya di sebuah hotel.
2.2.3 Sikap remaja terhadap keluarga
·
Golongan remaja mula menjadi
individu yang kritikal dan kadangkala bermusuhan dengan keluarga apabila prestij
bersama rakan sebaya atau harga diri peribadi mereka dicabar (Asmah Bee, 1994).
Persahabatan yang intim bersama rakan sebaya dan orang-orang dewasa membolehkan
remaja membuat perbandingan. Akhirnya remaja ini akan hilang keyakinan terhadap
keluarga mereka sendiri sungguhpun pada mulanya mereka menganggap keluarga
mereka adalah sebuah keluarga yang ideal. Remaja mula membandingkan ibubapa
mereka dengan ibubapa yang ideal dan mulai memberi kecaman terhadap kekurangan
ibubapa mereka.
·
Dalam kes 1 & kes 2 ini,
setelah merasai keseronokan dan kebebasan yang mereka dapat, pelajar-pelajar
ini inginkan kebebasan yang lebih lagi dan mereka mula menjadikan ibubapa sebagai sasaran
untuk dijadikan sebagai alasan.
3. CADANGAN PENYELESAIAN YANG BOLEH DILAKUKAN
Konflik
yang membelenggu remaja dengan ibu bapa boleh dikurangkan melalui
strategi-strategi yang mendatangkan kebaikan bagi kedua-dua pihak. Jalan
terbaik bagi mengendalikan konflik antara remaja dengan ibu bapa ialah
penyelesaian masalah secara bersama. Keadaan persekitaran keluarga yang tidak
terurus, tiada peraturan hubungan suami isteri yang tidak harmoni boleh
menimbulkan konflik antara ibu bapa dengan anak-anak. Langkah-langkah yang
boleh digunapakai adalah seperti:
i.
Pemberian kasih sayang sejati
ii.
Peruntukan masa bersama-sama
iii.
Disiplin yang kukuh
iv.
Saling menghormati
v.
Didikan yang betul
vi.
Layanan yang mesra
vii.
Memberi peluang mendengar pendapat anak-anak
viii.
Bersifat realistik serta galakan berdikari
3.1 Pemberian kasih sayang sejati
Kasih
sayang yang ikhlas dan sejati akan melahirkan anak yang berperasaan selamat,
sentiasa merasai dipunyai dan disayangi dan tidak bersifat mengkritik.
Perkembangan dan pertumbuhan anak tersebut akan teratur dan anak ini akan
memasuki tahap remaja dengan baik dan stabil.
Dua
bentuk kasih sayang yang perlu diperlihatkan oleh ibubapa; yang pertama ialah
berterusan manakala yang kedua ialah tidak bersyarat. Apa yang dimaksudkan
tidak bersyarat ialah kasih sayang perlu diperlihatkan walaupun anak tersebut
telah berkelakuan kurang menyenangkan. Anak akan mempelajari dan memahami
bahawa kasih sayang yang diberikan itu perlu diperlihatkan. Contohnya, ibubapa dalam
kes 1 dan kes 2 ini sekali-sekala perlu memeluk dan mencium anak-anak mereka di
waktu-waktu yang perlu seperti semasa anak-anak ini menghadapi masalah.
3.2 Peruntukan masa bersama-sama
Waktu
bersama-sama keluarga adalah waktu yang paling berharga. Cuba luangkan seberapa
banyak masa bersama-sama anak-anak. Masa yang ada ini dapat digunakan untuk
aktiviti bermain bersama-sama, bercakap dan berbual-bual serta bekerjasama
dalam aktiviti dirumah. Dalam kes seperti ini, pelajar kes 1 dan kes 2 memberi
alasan untuk tidak balik ke rumah, ahli keluarga sepatutnya peruntukan masa untuk menjenguk anak-anak
mereka di rumah sewa.
3.3 Displin yang kukuh tetapi menggunakan pendekatan yang mesra.
Sebuah
keluarga memerlukan displin yang kukuh tetapi mesra. Apa yang dimaksudkan
dengan disiplin ialah satu panduan serta peraturan terhadap sesuatu
tingkahlaku. Apabila wujudnya kasih sayang kepada anak, panduan dan bimbingan juga
perlu diwujudkan. Menghormati disiplin di rumah adalah penting supaya
peraturan-peraturan dapat diikuti apabila mereka telah dewasa.
Asmah
Bee berpendapat disiplin yang digunakan harus bersifat positif. Contohnya
ibubapa harus menggunakan perkataan yang sesuai seperti “Buat macam ini”
daripada “Jangan buat begitu”. Ganjaran harus diberi apabila kanak-kanak
melakukan sesuatu yang baik. Disiplin harus semerta, tekal dan tegas. Pelajar kes
1 dan kes 2 ini patut diberi penerangan dengan jelas oleh ibubapa masing-masing
mengapa mereka perlu bertegas dalam mendidik anak-anak mereka.
3.4 Saling menghormati
Setiap
ahli keluarga perlu saling menghormati dan ibubapa perlu mendidik anak-anak
supaya belajar untuk menghormati orang yang lebih tua. Satu cara berkesan untuk
menanamkan sifat hormat-menghormati antara ahli keluarga ialah dengan
menunjukkan contoh yang baik. Ibubapa dalam kes 1 dan kes 2 perlu bersifat
lemah lembut semasa menasihati atau mengajar anak-anak mereka. Ucapan terima
kasih dan perkataan-perkataan yang boleh menimbulkan perasaan hormat sesama
ahli keluarga patut digunakan.
No comments:
Post a Comment